soalan pengajian am kertas 1-bahagian kedua






1. Antara yang berikut yang manakah  merupakan perbezaan antara badan
berkanun dan badan tidak berkanun?
I Badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau
Enakmen Negeri manakala badan tidak berkanun diperbadankan di
bawah Akta Syarikat.
 II Badan berkanun merupakan agensi kerajaan manakala badan
tidak berkanun bukan merupakan agensi kerajaan
III  Badan berkanun boleh meminjam pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan tetapi badan tidak berkanun tidak boleh meminjam
pegawai Perkhidmatan Awam.
IV Badan berkanun boleh menubuhkan anak syarikat tetapi badan
tidak berkanun tidak boleh menubuhkan anak-anak syarikat.
A I,II,III
B I,III
C III,IV
D II,III,IV

2. Semua pernyataan berikut adalah benar tentang suruhanjaya kecuali…
A    Suruhanjaya terbahagi kepada dua jenis,iaitu suruhanjaya tetap dan
       suruhanjaya khas.
B    Suruhanjaya tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu ,suruhanjaya
       perkhidmatan dan suruhanjaya pilihan raya.
C   Suruhanjaya khas bersifat sementara untuk menyelesaikan sesuatu
       masalah kecemasan.
D   Suruhanjaya adalah tertakluk kepada arahan Menteri.

3. Yang manakah di antara berikut benar mengenai ahli Dewan  Negara?
I    Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh menjadi ahli Dewan
Undangan Negeri pada masa yang sama.
II   Seseorang ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri tidak boleh menjadi ahli yang dilantik oleh Yang di Pertuan
Agong pada masa yang sama.
III  Seseorang ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri tidak boleh mewakili lebih daripada satu kawasan pilihanraya.
IV  Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh menjadi ahli Dewan Rakyat
pada sidang Parlimen yang seterusnya.
A. I,II dan III
B. II dan IV
C. I dan  IV
D. II dan III

4. Semua yang berikut benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
kecuali…
A Majlis mesyuarat  Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau
    Ketua Menteri.
B Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dianggotai oleh 4 hingga 8 orang
    ahli serta 3 orang pegawai ex –officio.
C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada Raja
    atau Yang Di Pertua Negeri.
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa eksekutif
    negeri.

5. Yang manakah di antara berikut merupakan kementerian yang
mengakaun sendiri?
I Kementerian Dalam Negeri
II Kementerian Luar Negeri
III Kementerian Pertahanan
IV Kementerian Kesihatan.
V Kementerian Pendidikan
A I,II dan III
B II,III dan V
C I,IV dan V
D III,IV dan V

contoh soalan pengajian am kertas 1(objektif)



1.
- Mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor swasta dengan sektor
awam.
- Menggalakkan perkongsian maklumat dan saling memahami matlamat
kedua-dua sektor.
- Berusaha untuk menggunakan teknologi baru dalam proses pengurusan.
Matlamat – matlamat di atas berkaitan dengan
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Produktiviti Negara
C. Dasar Persyarikatan Malaysia
D. Kerjasama Teknikal Malaysia.

2.
Dasar Kerajaan Objektif Utama
I) Dasar Penswastaan X
Mewujudkan kerjasama erat antara
sektor awam dengan sektor swasta
untuk mencapai faedah bersama
II) Dasar Persyarikatan Y
Meningkatkan kecekapan dan
penghasilan kerja untuk memastikan
keuntungan maksimum dicapai.
III) Dasar Pandang Ke Timur Z
Meningkatkan prestasi pengurusan dan
pembangunan serta mempunyai nilai
dan etika kerja yang positif.
Padankan dasar –dasar kerajaan I,II dan III dengan objektif-objektif
utama X,Y dan Z.
I II III
A X Y Z
B Z X Y
C Y X Z
D Y Z X

3. Yang manakah antara berikut merupakan tumpuan utama Dasar
Peningkatan Daya Pengeluaran Negara ?
A mewujudkan kerjasama dan saling membantu antara sektor awam 
dan sektor swasta
B meningkatkan daya pengeluaran dalam semua sektor untuk 
menghadapi  persaingan ekonomi antarabangsa
C mengagihkan sumber secara berkesan dan cekap
D meringankan beban kerajaan

4. Dasar Beli Barangan Buatan Malaysia merupakan satu dasar sokongan
kepada…
A Pelan Induk Perindustrian
B Dasar Pertanian Negara
C Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
D Dasar Perindustrian Berat.

5. Antara yang berikut, yang manakah mungkin menjadi masalah
penghalang Dasar Pandang ke Timur ?
I Masalah bahasa
II Kenaikan harga yen
III Sikap anti kerajaan
IV Ketidaksungguhan kerajaan melaksanakan dasar ini.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I,II dan III



Bab 12 :Dasar Luar Negara Malaysia



Hubungan luar negeri Malaysia/Dasar Luar Negara Malaysia
Malaysia merupakan sebuah anggota yang giat dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk Negara-negara Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Dewasa ini Malaysia juga giat menyokong kerjasama serantau.
Dasar luar 1957–1969
Malaysia merupakan ahli Komanwel sejak tahun 1957, apabila memeterai Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British (AMDA) bersama United Kingdom yang mana Britain menjamin pertahanan Malaya (dan kemudiannya Malaysia). Kehadiran tentera British dan negara Komanwel lain adalah penting untuk keselamatan negara ketika menghadapi darurat (1948–1960) dan Konfrontasi Indonesia (1962–1966) yang tercetus oleh penggabungan Tanah Melayu dengan jajahan-jahan British lain iaitu Singapura, Sarawak dan Borneo Utara untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman (sehingga tahun 1970), Malaysia mendukung dasar luar yang teguh menyokong Komanwel dan menentang komunis. Selain itu, Malaysia turut giat menentang dasar aparteid yang menyaksikan Afrika Selatan meninggalkan Komanwel pada tahun 1961, serta menjadi ahli perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, yang mana Tunku menjadi Setiausaha Agung pertama pada tahun 1971.
Dasar luar sejak 1969
Di bawah pimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn di bawah , Malaysia mengalihkan dasarnya ke arah pendirian berkecuali. Pada tahun 1971, ASEAN mengeluarkan Deklarasi Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutrality, ZOPFAN) yang berfahamanan berkecuali dan anti-nuklear. Malaysia menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan pada 1974 mengiktiraf Republik Rakyat China.
Peralihan dasar ini diteruskan dan dikukuhkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, yang mengetengahkan dasar regionalisme dan pro-Selatan dengan retorik yang adakalanya bernada anti-Barat. Beliau cuba menubuhkan sebuah Kumpulan Ekonomi Asia Timur sebagai alternatif kepada APEC, mengecualikan Australia, New Zealand dan benua Amerika. Sewaktu di bawah pimpinan beliau, Malaysia memeterai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan forum serantau ASEAN+3 bersama China, Jepun dan Korea Selatan. Beliau pernah berselisih dengan Perdana Menteri Australia Paul Keating, yang menyifatkan beliau sebagai “keras kepala” kerana enggan menyertai sidang kemuncak APEC di Seattle.
Penggabungan antarabangsa
Malaysia mengganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kebanyakan agensi khususnya, termasuk UNESCO, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa; Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara; Bank Pembangunan Asia, Perjanjian Pertahanan Lima Negara, Sidang Kemuncak Asia Tenggara (EAS), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), komanwel, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan Pertubuhan Persidangan Islam.

Bab 11: Dasar Pembangunan Ekonomi



Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB.
Fokus
1.  Membasmi golongan miskin
2. Menyusun semula masyarakat
3. Membantu golongan yang susah
Objektif
Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi.
Program
1. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
2. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
3. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
4. Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar
5. Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan
6. Meningkatkan kerohanian diri

Bab 10: Proses Pilihan Raya


Undang-undang dan peraturan pilihan raya
Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-
Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Negeri.
Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).
Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5).
Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.
Elemen-elemen penting pilihan raya
Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
1. Bahagian Pilihan Raya.
2. Pemilih.
3. Calon.
4. Proses Pilihan Raya.
Persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya
Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

Bab 9 :Demokrasi Berparlimen


Sistem berparlimen
Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan. Dalam sistem sebegini, ketua kerajaan memegang peranan ketua eksekutif dan ketua perundangan de facto.
Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan resam sekatan dan imbangan yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden. Sistem berparlimen biasanya jelas membezakan ketua kerajaan dan ketua negara, iaitu ketua kerajaan sebagai perdana menteri, dan ketua negara pula sebagai boneka, tidak kira presiden (yang diundi oleh rakyat atau dilantik oleh parlimen) ataupun raja turun-temurun (raja berperlembagaan).
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan

Bab 8 : Peruntukan istimewa Perlembagaan


        Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:
Tanah untuk Orang Melayu
Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.
Jawatan dalam Kerajaan
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
Peruntukan biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
Bantuan Ekonomi
Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bab 7 : Perlembagaan Malaysia



          Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".
Susun atur
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 16 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 - Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
Bahagian 12 - Am dan pelbagai
Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Bab 6 :Jentera Pentadbiran Malaysia


Kabinet Malaysia
Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.[1][2]
Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parliment, Dewan Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.
Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2010
by KULANZ on 01/06/2010 · 57 COMMENTS
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak baharu sahaja selesai mengumumkan senarai Kabinet Malaysia 2010 (senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri) pada 1 Jun hasil rombakan kecil yang dilakukan (Kemaskini 23 Julai 2011: Senarai ini masih digunapakai sehingga tahun 2011). Senarai Kabinet tersebut adalah seperti berikut:
Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
YB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy – Baharu
Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah
Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai
Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat
Kementerian Pelancongan
Menteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong
Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel
Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:
Menteri
Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;
Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.
Timbalan Menteri
Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;
Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;
Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang  ditamatkan pelantikan.
Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;
Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:

Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;
Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Bab 5: Komponen utama sistem pentadbiran Malaysia


KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA Pembentukan Sistem Kerajaan Malaysia Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia
PEMBENTUKAN SISTEM KERAJAAN MALAYSIA ~Setelah kedatangan British, berlaku perubahan yang ketara dalam perubahan politik dan pentadbiran negara, hal ini disebabkan oleh campurtangan British dan sekaligus memperkenalkan pentadbiran secara Inggeris di  Tanah Melayu~
 Walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud namun ia sukar dijalankan memandangkan setiap sistem berkaitan antara satu sama lain.  Perdana Menteri sebagai Ahli Dewan Rakyat boleh membentuk suatu undang-undang bersama menteri yang lain. Di Amerika Syarikat, mereka menjalankan sistem pengasingan sepenuhnya dan yang menyamainya ialah Residen.
KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA: badan pentadbiran (eksekutif), badan perundangan(legislatif), badan kehakiman (judisiari).
BADAN EKSEKUTIF Peringkat Persekutuan Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Tugas utama kabinet ialah menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara. Ia diketuai oleh Perdana Menteri dan diikuti oleh menteri-menteri lain, PM dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan menteri-menteri lain dilantik oleh YDPA atas nasihat PM Peringkat Negeri KuasaEksekutif- Raja/ Sultan/ Yang DiPertuaNegeri. Semua perlembagaan negeri mengandungi syarat seksyen 1 (2) bertindak mengikut kuasa budi bicara berikut : Melantik Menteri besar Tidak setuju permintaan untuk  membubarkan DUN.
Badan legislatif (perundangan).
PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN Cadangan kerajaan atau daripada wakil rakyat Rang undang-undang digubal oleh peguam negara.Bacaan pertama di dewan rakyat sebagai pengenalan sahaja (tidakdibahaskan) .Bacaan kedua di dewan rakyat dibahaskan dari segi dasar. Sekiranya diluluskan Peringkat jawatankuasa di dewan rakyat dibincangkan secara mendalam lagi. Bacaan ketiga di dewan rakyat dibahaskan semula dengan pindaan terperinci oleh jawatankuasa dewan sekiranya diluluskan. Di dewan negara proses seperti di dewan rakyat diulangi. Sekiranya diluluskan Pengesahan yang dihantar kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong. Sekiranya diluluskan ia akan diwartakan dalam Warta Kerajaan ditandatangani kerajaan.
Badan judisiari (kehakiman) Undang-undang tradisional terdiri daripada Undang-undang adat melayu (semenanjung tanah melayu), Adat pepatih (masyarakat matrilineal) Adat temenggong (masyarakat patrilineal) dan Undang-undang adat bumiputera (sabah dan sarawak).

Bab 4: Pembentukan Negara Malaysia

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969. Pada Perang Dunia Kedua, tentera Jepun menyerang lalu menduduki Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura selama tiga tahun lebih. Sewaktu ini, hubungan antara etnik makin tegang dan semangat nasionalisme makin mekar. Setelah wilayah Malaysia ditakluki semula oleh Pihak Berikat, masyarakat tempatan semakin menyambut baik perjuangan demi kemerdekaan. Rancangan pascaperang British untuk menyatukan pentadbiran Tanah Melayu menjadi jajahan tunggal iaitu Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu yang membantah perbuatan melemahkan kuasa raja-raja Melayu serta pemberian kewarganegaraan kepada kaum Cina. Pada tahun 1946, Malayan Union terbentuk daripada semua taklukan British di Tanah Melayu kecuali Singapura, kemudian dibubarkan pada tahun 1948 untuk memberi laluan kepada Persekutuan Tanah Melayu yang memulihkan autonomi raja-raja Melayu di bawah naungan British. Pada masa yang sama, pejuang pemberontak pimpinan Parti Komunis Malaya melancarkan kegiatan gerila untuk mengusir British dari Tanah Melayu, sehingga mencetuskan darurat dari tahun 1948 hingga 1960, yang melibatkan kempen anti-pemberontak berpanjangan oleh tentera Komanwel di Tanah Melayu.Zaman kemerdekaan awal menyaksikan kemuncak "Konfrontasi" dengan Indonesia kerana pembentukan Malaysia, pengunduran diri Singapura pada tahun 1965, dan rusuhan antara kaum pada tahun 1969. Selepas peristiwa 13 Mei itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak, dengan tujuan meningkatkan penguasaan ekonomi negara oleh bumiputera ("orang peribumi", termasuk orang Melayu dan sewajarnya orang asli dan pribumi lain) berbanding kaum-kaum lain. Oleh itu, Malaysia terpaksa menanggung imbangan politik etnik yang rumit, dengan sistem kerajaan yang cuba menggabungkan pembangunan ekonomi keseluruhan dengan dasar politik dan ekonomi yang memupuk penyertaan sama-rata semua kaum.

Bab 3 :Perjuangan Kemerdekaan

        Sejarah perjuangan ke arah kemerdekaan bermula sejak negeri Melaka jatuh ke tangan Portugis lagi pada tahun 1414. Ia digerakkan oleh kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai semangat tinggi walau pun tidak ada kelengkapan perang serta armada yang lengkap. Kelengkapan senjata para tentera Portugis amat ketara sekali berbanding dengan pejuang-pejuang kemerdekaan yang hanya menggunakan keris, tombak dan pedang. Ini di ikuti dengan zaman penjajahan British yang begitu tersusun corak pentadbirannya. Pemerintahan penjajahan di tadbir oleh Pejabat Kolonial di London. Pada hari ini di Malaysia yang merupakan negara yang terbentuk hasil daripada penggabungan Sabah dan Sarawak manakala Singapura telah disingkirkan pada tahun 1965. Penggunaan istilah ini terus penting pada zaman kini. Ia boleh dilihat penggunaannya dalam cuti kebangsaan Hari Kemerdekaan yang menyambut kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan majlis sambutan kemerdekaan pertama di Dataran Merdeka di mana Bendera Malaya (kini Jalur Gemilang) dikibarkan selepas kemerdekaan diisytiharkan. Disebabkan Malaya merupakan entiti utama di mana kesemua negeri lain bergabung dengan, kemerdekaan Malaya terus menjadi tarikh penting dalam sejarah Malaysia. Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama, mengisytiharkan kemerdekaan Malaya dengan teriakan tujuh kali "Merdeka", dan teriakan ini terus menjadi kenangan ramai rakyat Malaysia yang kini masih memperingati jasa beliau dalam kejayaannya mendapatkan kemerdekaan bagi negara Malaysia.

Bab 2: Zaman Penjajahan Malaysia

Penempatan terawal british di malaysia bermula dengan pendudukan pulau balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan kesultanan brunei dan kesultanan sulu. Manakala penempatan selat koloni diraja britain diwujudkan pada 1826, dan britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan selat termasuk pulau pinang, singapura dan melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri- negeri melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit cina, britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk negeri selat. Akhirnya, perjanjian pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa britain ke negeri negeri melayu (iaitu perak, pahang, selangor dan negeri sembilan yang dikenali juga negeri-negeri bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai negeri-negeri tidak bersekutu ialah perlis, kedah, kelantan, dan terengganu yang berada di bawah kuasa thai.


Di borneo pula, borneo utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan kesultanan brunei dan kesultanan sulu sekarang sabah) telah berada dibawah pajakan syarikat berpiagam borneo utara british pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai koloni diraja british. Manakala sarawak menjadi milik keluarga brooke sebelum dari itu.


Akibat penaklukan jepun pada perang dunia ke-2 dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh british khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. Justeru british mewujudkan Malayan Union, masyarakat melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama persekutuan malaya, tanpa singapura.

BAB 1: Konsep Negara

Negara dalam bahasa inggeris ialah "state". negara adalah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan dalaman dan luaran yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar. Perkataan negara dalam maksud terkini biasanya merujuk kepada konsep yang lahir hasil Triti Wesphalia pada tahun 1648 yang memperkenalkan konsep moden negara nation-state iaitu negara bangsa berbanding negara empire-state iaitu negara empayar yang kuno. Contoh negara nation-state ialah Persekutuan Malaysia dan Turki Uthmaniah. Max Webber dalam bukunya "Politik sebagai Vokasi" atau "Politik as Vacation" menyatakan setiap negara wujud hasil penggunaan kekerasan jika tiadanya institusi sosial ganas wujud, konsep negara tidak membawa maksud dan satu keadaan yang diberi anarki akan timbul maka negara adalah merupakan satu komuniti manusia yang secara jayanya mendapat pengiktirafan penggunaan kekerasan dalam sesebuah kawasan.

Pengenalan

Pengajian Malaysia ialah mata pelajaran wajib bagi semua pelajar institusi pengajian tinggi swasta di negara Malaysiadi mana merujuk di bawah Subseksyen 43 (1) Akta 555. Dengan kata lain ini merupakan matapelajaran wajib di bawah ketetapan Agensi Kelayakan Malaysia.