Bab 7 : Perlembagaan Malaysia



          Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".
Susun atur
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 16 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 - Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
Bahagian 12 - Am dan pelbagai
Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.