Guru Praktikal SMKDA
assalamualaikum, sudah lama tidak diupdate pasal diri ini. Ini kerana selama 4 bulan berpraktikal di SMKDA iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad di daerah Lenggong, Perak disebabkan ketiadaan Wi-Fi. Semasa berada di sekolah, tugas berat terpaksa dipikul untuk mengajar ICTL bagi tingkatan 1 KRK dan 1 Zamrud, di samping subjek Geografi bagi tingkatan 1 Delima. Manakala, tugas mencabar pula adalah mengajar tingkatan 4K1 bagi subjek ICT.
semasa berada di sini banyak pengalaman dan tunjuk ajar diberikan dalam menggalas tugas seorang insan yang digelar "guru".
Gaya Penulisan APA
-APA adalah singkatan untuk American Psychological Association.
APA adalah singkatan untuk American Psychological Association. Format APA adalah satu set peraturan yang dibangunkan untuk membantu seseorang itu
membuat rujukan bagi sesuatu bahan bacaan atau dokumentasi yang digunakan oleh para psikologi dan ilmuan dalam pelbagai disiplin yang lain. Selain
daripada satu set peraturan yang dianggap sebagai mudah dan lebih teratur APA juga merupakan satu kaedah penulisan yang paling kerap digunakan oleh
pelajar dan ilmuan di universiti sebagai panduan untuk penulisan mereka. Ini kerana, APA format memanfaatkan gaya penulisan yang sangat khusus dan
menitikberatkan aspek penampilan penulisan seperti margin, ruang dan jenis huruf.
Menurut laman sesawang American Psychological Association Style, APA format pertama kali diperkenalkan pada tahun 1929 oleh sekumpulan pakar
psikologi dalam menbangunkan satu set prosedur untuk meningkatkan kemudahan pemahaman bacaan (APA, 2009å, hal xiii). Kumpulan ini menumpukan
pada pembangunan gaya editorial yang mudah dan seterusnya membolehkan penerbit dan pembaca untuk mengimbas maklumat penting dalam dokumen
yang ditulis. APA digunakan untuk penulisan makalah, laporan kajian, tinjauan pustaka dan kajian kes. Tidak seperti gaya dokumentasi yang lain, format APA
menumpukan pada unsur-unsur naskah yang merupakan ciri khas untuk penulisan ilmiah.
Langgan:
Catatan (Atom)